PETALING JAYA: Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke menyatakan minat terhadap perancangan pelaburan di Perlis, khususnya dalam sektor perindustrian serta Pelabuhan Darat Perlis (PIP) yang berpotensi diketengahkan kepada syarikat negara itu.
Beliau berkata, pihaknya akan berkongsi maklumat berkaitan peluang pelaburan di negeri itu kepada syarikat yang berminat, selain berharap dapat menarik pelabur Australia untuk datang meninjau potensi ditawarkan Perlis.
“Kami akan cuba berkongsi lebih banyak maklumat dengan syarikat yang berminat dan berharap dapat menarik syarikat Australia untuk datang meneroka peluang pelaburan di Perlis,” katanya.
