KUALA LUMPUR: Siasatan pengubahan wang yang rumit berkaitan (1MDB) merupakan satu pencapaian penting dan menunjukkan peningkatan penyelarasan antara pelbagai agensi penguatkuasaan undang-undang (LEA), Bank Negara Malaysia (BNM), Unit Perisikan Kewangan (FIU), dan Jabatan Peguam Negara (AGC).
Menurut Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) dan Kumpulan Asia/Pasifik (APG) mengenai pengubahan wang dalam laporan hari ini, antara 2019 dan Februari 2025, Malaysia telah mendapat semula sejumlah 8.11 bilion euro (RM38.87 bilion) dalam bentuk aset, dengan 75% daripadanya berkaitan kes 1MDB.
Sebahagian besar aset berkaitan 1MDB telah dipulangkan melalui penyelesaian dan tindakan pelucuthakan sivil di luar negara, katanya dalam Laporan Penilaian Bersama (MER) setebal 275 muka surat.
