MatchPoint Times

Home

Bakar 6 rumah, penganggur mengaku tak salah

Cover Image for Bakar 6 rumah, penganggur mengaku tak salah

Jefery Johar dituduh melakukan perbuatan itu minggu lalu di Kampung Johan Setia, dekat Klang.

KLANG: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membakar enam rumah di Kampung Johan Setia dekat sini, minggu lalu.

‎Jefery Johar, 44, yang berdepan enam pertuduhan, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarifah Hascindie Syed Omar.

‎Dia didakwa melakukan khianat menggunakan bahan api dengan membakar rumah milik enam penduduk tempatan sekitar 2 hingga 2.30 petang pada 13 Jan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan, membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

Tags:bakarenam rumahkhianatmahkamahprosiding


Isu terjemah titah Agong, SKMM panggil ketua pengarang China Press

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau juga mengarahkan kementeriannya meneliti perkara itu secara menyeluruh.

🟡FMT Reporters

Murid dipercepatkan dewasa kerana nak lulus peperiksaan, kata Saifuddin

Ahli Parlimen Indera Mahkota persoal sama ada Malaysia akan kembali jadi ‘negara berorientasikan peperiksaan’ dengan pengenalan pengukuran pembelajaran Tahun 4.

🟡Dineskumar Ragu