SRI AMAN: Polis berjaya menahan seorang banduan lelaki yang melarikan diri dari Penjara Pusat Sri Aman dalam tempoh kurang 12 jam selepas insiden itu dilaporkan, hasil kerjasama orang awam dan tindakan pantas pasukan keselamatan.
Ketua Polis Sri Aman, Dennis Bunyam, berkata kejadian berlaku kira-kira 7.15 pagi apabila banduan berusia 39 tahun itu dilaporkan meloloskan diri daripada kawalan pihak penjara.
Beliau berkata sejurus menerima laporan, polis melancarkan operasi memburu banduan berkenaan dengan menggerakkan aset dan anggota di kawasan sekitar Sri Aman termasuk jalan kampung, kawasan ladang serta penempatan berhampiran.
