PETALING JAYA: Shahelmey Yahya berkata beliau masih mempertimbangkan sama ada akan mempertahankan kerusi DUN Tanjung Keramat yang disandangnya atau terus kekal sebagai Ahli Parlimen Putatan.
Shahelmey berkata, beliau mengambil maklum kenyataan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki bahawa tindakan undang-undang termasuk denda RM100 juta boleh dikenakan terhadap mana-mana ahli yang bertanding pada PRN bulan depan atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Sebelum pembubaran DUN yang diumumkan pada 6 Okt lepas, Shahelmey merupakan timbalan kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, yang juga pengerusi GRS.
