MatchPoint Times

Home

Bapa cuba selamat anak ditemukan lemas di Sungai Relai

Cover Image for Bapa cuba selamat anak ditemukan lemas di Sungai Relai

Mayat Mohamad Fakarudin Abdul Halim@Awang ditemukan oleh bomba selepas hampir 20 jam hilang.

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan anaknya semalam ditemukan lemas pada jarak 3m dari lokasi terakhir dia dikhuatiri tenggelam di Sungai Relai, Gua Musang.

Mayat pekerja ladang Mohamad Fakarudin Abdul Halim@Awang, 40, ditemukan oleh anggota bomba kira-kira 12.27 tengah hari tadi, selepas hampir 20 jam hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang Nor Azizi Che Noh berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang disertai lapan anggota Pasukan Penyelamat Di Air itu tamat pada kira-kira 2 petang.

Tags:bapa lemasBBP Gua Musangdihanyut arus derasGua MusangSARselamat anakSungai Relai


Saravanan seru semua parti ‘mesra BN’ jadi ahli penuh

Timbalan presiden MIC berkata ia termasuk Makkal Sakti, IPF, Kimma, dan MUIP.

🟡FMT Reporters

Sunway cadang ambil alih IJM, Akmal suarakan kegusaran

Ketua Pemuda Umno berkata, cadangan itu mungkin kelihatan seperti transaksi biasa, namun babit kepentingan ekonomi awam, kerajaan dan Bumiputera.

🟡FMT Reporters