PETALING JAYA: Ibu bapa bayi dua bulan ditangkap selepas disyaki mendera cahaya mata mereka itu sehingga mengalami pendarahan dalam kepala, luka, dan lebam, dalam kejadian di Sungai Petai, Alor Gajah, semalam.
Menurut sumber, kejadian penderaan itu dikesan susulan seorang wanita berusia 22 tahun menghantar bayinya ke Hospital Alor Gajah kerana mendakwa anaknya diserang sawan.
Katanya, sebaik tiba di hospital, bayi malang itu didapati tidak sedarkan diri sebelum wanita terbabit menghilangkan diri.