BUKIT MERTAJAM: Polis menahan dua wanita yang bekerja di sebuah pusat jagaan kanak-kanak dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang dipercayai menjadi mangsa penderaan hari ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, berkata kedua-dua wanita berusia lingkungan 20-an ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu dan mayat bayi tersebut kemudian dibawa ke hospital berkenaan untuk dibedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.
“Dua suspek wanita itu akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
