BUKIT MERTAJAM: Dua pekerja pusat asuhan dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang ditahan susulan kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.
Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Helmi Aris berkata perintah reman terhadap dua wanita berusia 22 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh.
Beliau berkata polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Jabatan Kecemasan HSJ pada 6.10 pagi semalam, memaklumkan seorang bayi lelaki disahkan meninggal dunia pada 4.20 pagi selepas dibawa ke hospital oleh pengasuh sebuah taska.
