MatchPoint Times

Home

Bekal pistol kepada warga Israel: Saksi buat laporan selepas terima panggilan D9

Cover Image for Bekal pistol kepada warga Israel: Saksi buat laporan selepas terima panggilan D9

Saksi pertama berkata beliau menerima panggilan telefon mengenai penemuan objek menyerupai sepucuk pistol di Kampung Bukit Belimbing pada malam 29 Mac 2024.

KUALA SELANGOR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu seorang saksi bahawa beliau telah menerima panggilan telefon mengenai penemuan objek menyerupai sepucuk pistol di Kampung Bukit Belimbing, ketika bertugas Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor sebelum membuat laporan awal berkenaan kejadian itu.

Saksi pendakwaan pertama Koperal Abdul Hadi Mohamed, 39, pada perbicaraan Sharifah Faraha Syed Husin, 42, yang dituduh memiliki sepucuk pistol jenama CZ 75 P-01 CAL.9 LUGER, berkata beliau menerima panggilan itu daripada Inspektor Wan Ibrahim daripada Bahagian D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada jam 9.10 malam, 29 Mac 2024.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azamuddin Razak, yang bertanyakan sama ada beliau bertugas atau tidak pada hari kejadian, pada hari pertama perbicaraan Sharifah Faraha yang tuduh memiliki sepucuk pistol dipercayai dibekalkan kepada warga Israel, di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Tags:bicaraIsraelKuala Selangormahkamah seksyenpistol


Woman behind fake passport stamp syndicate, say cops

Selangor police chief Shazeli Kahar says the group has been operating since the beginning of the year at a legitimate shopfront in Shah Alam.

🟡FMT Reporters

Pinkfish New Year’s eve countdown called off

Organiser says it decided to scrap the event due to ‘circumstances beyond our control’.

🟡FMT Reporters