MatchPoint Times

Home

Bekas akauntan GISBH berdepan 40 lagi tuduhan ubah wang

Cover Image for Bekas akauntan GISBH berdepan 40 lagi tuduhan ubah wang

Pertuduhan terbaharu itu menjadikan Mohd Khushairi Osman berdepan 94 pertuduhan melibatkan RM24.1 juta.

PETALING JAYA: Selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 54 pertuduhan pengubahan wang haram RM20.3 juta, seorang bekas akauntan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) kali ini didakwa lagi atas 40 pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM3.8 juta.

Mohd Khushairi Osman, 54, mengaku tidak bersalah selepas 40 pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azrul Darus.

Lelaki itu berdepan 15 pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram RM2,694,339.78 daripada akaun simpanan milik dua individu serta beberapa syarikat yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh di sebuah bank di Taman Tun Dr Ismail, dekat Kuala Lumpur, antara 2020 hingga 2024.

Tags:aktiviti harambekas akauntandidakwa lagiGISBHmahkamahpengubahan wang haram


Nestle CEO wants company to move fast, be open to fresh ideas

Philipp Navratil, who was promoted after predecessor Laurent Freixe was dismissed, says he is focused on delivering Nestle’s 2025 objectives.

🟡Reuters

Ex-GISBH accountant slapped with another 40 money laundering charges

Khushairi Osman pleads not guilty after the charges were read to him by four different interpreters.

🟡FMT Reporters