JAKARTA: Bekas menteri agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas, dinamakan sebagai seorang suspek dalam kes dakwaan rasuah berkaitan kuota haji.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, Fitroh Rohcahyanto pada Jumaat, lapor agensi berita Antara.
Bagaimanapun, Fitroh tidak memberikan butiran lanjut mengenai senarai suspek atau sama ada Yaqut merupakan satu-satunya individu yang terlibat dalam siasatan berkenaan.
