SHAH ALAM: Bekas panglima tentera darat (PTD), Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM145,000.
Dia didakwa menerima RM30,000 dan RM115,000 yang dimasukkan ke akaun banknya di sebuah cawangan bank di Ampang Point antara 19 Sept 2024 dan 19 Mei 2025.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.
