PETALING JAYA: Bekas pemimpin Bersatu, Wan Saiful Wan Jan mengingatkan parti itu agar tidak ‘besar kepala’ sehingga menjejaskan hubungan setia kawan dengan PAS, sekutu rapatnya dalam Perikatan Nasional (PN).
Bekas ahli majlis pimpinan tertinggi itu berkata, tindakan menghantar nama calon menteri besar Perlis baharu sekiranya benar seperti yang dilaporkan media, merupakan isyarat jelas sikap tidak hormat Bersatu terhadap PAS sebagai rakan sekutu utama.
“Saya sudah sekian lama mengatakan bahawa hubungan dengan PAS adalah hubungan yang berharga.
