MatchPoint Times

Home

Bicara kes salah guna kuasa, ubah wang RM200 juta Muhyiddin mula esok

Cover Image for Bicara kes salah guna kuasa, ubah wang RM200 juta Muhyiddin mula esok

Bekas perdana menteri dituduh salah guna kuasa melibatkan suapan RM232.5 juta berkait projek Jana Wibawa.

PETALING JAYA: Bicara kes bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, atas pertuduhan salah guna kedudukan melibatkan suapan RM232.5 juta dan menerima wang RM200 juta hasil aktiviti haram bermula esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, berkata prosiding kes itu akan bermula pada 9 pagi di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin.

“Perbicaraan akan bermula dengan pihak pendakwaan menyampaikan kenyataan pembukaan yang menggariskan pertuduhan serta bukti terhadap tertuduh dan dua saksi akan memberi keterangan esok,” katanya kepada Bernama.

Tags:bicaramahkamahMuhyiddin Yassinpengubahan wang haramsalah guna kedudukan


Islamic scholar and thinker Syed Naquib Al-Attas dies at 94

Religious affairs minister Zulkifli Hasan described Syed Naquib as ‘a priceless gem of knowledge for the Muslim community’.

🟡FMT Reporters

Disagree but don’t treat Umno as the enemy, says Khaled

The Umno vice-president calls for openness to party president Ahmad Zahid Hamidi’s offer for former members to return to the party.

🟡FMT Reporters