KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) patut bertanding solo pada PRN Melaka dan Johor, menurut Presiden MCA, Wee Ka Siong.
Beliau berkata, Johor kini ditadbir BN, manakala Melaka di bawah kerajaan perpaduan, tetapi dua negeri itu dimenangi gabungan berkenaan sebelum ini.
“Pada PRN akan datang, munasabah dan wajar untuk BN terus bertanding atas tiket sendiri dan mendapat mandat daripada pengundi untuk mentadbir secara bebas,” katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-77 parti itu.
