PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) melihat keperluan penjenamaan semula sebagai sebuah gabungan lebih progresif dan inklusif, susulan pemukiman kepimpinannya baru-baru ini bertujuan memperkukuh perpaduan dalam kalangan parti komponen.
Setiausaha Agung Zambry Abdul Kadir, berkata BN juga bersetuju bahawa segala persiapan dan kesiapsiagaan perlu diperkemas dari sekarang bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk PRN Melaka dan Johor dan PRU akan datang.
Zambry berkata, berpendirian isu sensitif berkaitan kaum dan agama hendaklah ditangani melalui pendekatan musyawarah, kesederhanaan, dan kebijaksanaan politik.
