PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75% susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari hari ini.
Bank pusat itu sebelum ini menurunkan kadar faedah daripada 3% ketika semakan dasar monetari pada Julai lepas.
Dalam kenyataan, BNM memaklumkan, tahap OPR semasa adalah wajar dan menyokong kestabilan harga serta pertumbuhan ekonomi.
