PETALING JAYA: Ibu bapa menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) meneliti semula inisiatif pemakaian lencana Jalur Gemilang berbentuk pin pada seragam pelajar kerana bimbang ia mendatangkan bahaya.
Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Rahim, berkata ibu bapa seharusnya diberi pilihan untuk penggunaan lencana jenis jahitan yang dikatakan lebih sesuai khususnya bagi murid sekolah rendah.
Katanya, kebanyakan ibu bapa mengadu lencana jenis pin menyebabkan baju sekolah anak berlubang selain boleh mencucuk badan mereka.