SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang pengamal perubatan tradisional yang disabitkan kesalahan membunuh pesakitnya pada 2022, ditahan sehingga mendapat perkenan Sultan Selangor.
Pesuruhjaya Kehakiman Suriyati Hasimah Hashim mengeluarkan perintah itu selepas mendapati Che Hong Chiew berada dalam keadaan tidak siuman ketika membunuh pesakitnya, Lim Sin Lue, di sebuah rumah di Pandan Perdana, Ampang, pada 27 Julai 2022.
Semasa perbicaraan bulan lalu, mahkamah diberitahu bahawa Che telah didiagnosis menghidap skizofrenia dan diberi rawatan apabila dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta pada 2024.
