PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi mempertahankan keputusannya membentangkan permohonan pengampunan Najib Razak kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (FTPB), dan berkata beliau tetap akan dikritik tidak kira apa jua pendiriannya.
Anwar menegaskan bahawa sebagai perdana menteri, beliau tidak boleh bersikap prajudis terhadap sesiapa dan setiap pesalah mempunyai hak untuk memohon pengampunan.
Katanya, keputusan berhubung permohonan itu adalah kuasa mutlak lembaga pengampunan, katanya dalam satu wawancara dengan Al Jazeera.