PETALING JAYA: Beberapa ketua cabang PKR menyifatkan dakwaan pemimpin tertentu melobi jawatan menteri memalukan, malah perlu disiasat pimpinan kerana bertentangan perjuangan asas reformasi.
Ketua PKR Gua Musang, Asharun Uji, berkata ada ‘mendengar’ perkara itu berlaku, namun belum ada maklumat rasmi dan bukti sahih dikemukakan.
“Saya hanya dengar-dengar sahaja perkara itu, tetapi sejauh mana kesahihan kita serah kepada pucuk pimpinan selesaikan dan siasat.