PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata kemelut politik Perlis membuktikan pendiriannya sejak awal Muafakat Nasional (MN) lebih sesuai diperkasakan, berbanding Perikatan Nasional (PN).
“Hari ini baru nampak belang masing-masing, kena tikam belakang,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, beliau juga mencadangkan agar PN dibubar dan diwujudkan semula MN.
