PETALING JAYA: Pakar pendidikan menolak pandangan punca gejala buli adalah penempatan pelajar seawal 13 tahun di sekolah berasrama.
Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebaliknya menegaskan, masalah sebenar adalah budaya hierarki ‘junior-senior’ yang tidak terkawal, dan penguatkuasaan disiplin lemah.
Effendi berkata, usia 13 tahun bukan isu, malah kemasukan awal ke asrama boleh membantu pelajar membentuk disiplin, berdikari, dan bersosialisasi dengan sihat lalu membentuk mandiri dan daya tahan.
