PETALING JAYA: Pemangku Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz menjelaskan kenyataan mengenai sentimen masyarakat Cina baru-baru ini bukan bertujuan menjulang era Najib Razak, sebaliknya ‘isyarat amaran’ terhadap kegagalan kerajaan melaksanakan reformasi ketika ini.
Adun Puteri Wangsa itu, berkata perkara dibangkitkan merupakan naratif sebenar didengari daripada ‘aunty dan uncle’ di kawasannya.
“Ia bukan bertujuan menyeru rakyat kembali ke zaman Najib mahupun menjulang era tersebut. Tetapi, satu amaran kepada kerajaan sekarang bahawa rakyat tidak benar-benar merasai perubahan ketara.
