PETALING JAYA: Pentauliahan kapal tempur pesisir (LCS) 1 dan 2 mengalami kelewatan daripada jadual asal, kata Menteri Pertahanan Khaled Nordin.
Beliau berkata, berdasarkan maklum balas daripada Lumut Naval Shipyard (Lunas), pentauliahan LCS 1 dipinda ke Disember ini dan LCS 2 pada Ogos 2027.
“Lewat bukan dengan sengaja tetapi sesuatu yang sedia maklum ini merupakan kapal pertama kita buat dalam negara kita dan sudah tentu ada cabaran dan pengajaran kita dapati.
