
Melanjutkan artikel saya semalam. Saya katakan Presiden PAS Hadi Awang tidak akan calonkan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi Perikatan Nasional jika tidak yakin Samsuri akan mentadbir negara dalam cara yang dimahukan ulama walaupun beliau bukan ulama. Golongan ulama kita tahu mahu ulama menerajui negara sesuai konsep pegangan PAS — kepimpinan ulama. Ini kata mereka mesti dipertahankan. Hadi juga ulama. Mustahil beliau tidak berpegang teguh pada konsep itu. Mustahil Hadi tidak sependapat dengan para ulama dalam PAS berhubung kepimpinan ulama.
Oleh itu apabila Hadi mencalonkan Samsuri untuk jawatan pengerusi PN sekali gus poster boy gabungan itu, beliau yakin Dr Sam can do the job just like an ulama.
