SANTO DOMINGO: Angka korban akibat bumbung sebuah kelab malam runtuh di ibu negara Republik Dominican meningkat kepada 79 orang, dengan kira-kira 155 lagi cedera.
Pasukan mencari dan menyelamat berusaha mengeluarkan mangsa terperangkap di bawah runtuhan, manakala keluarga mangsa berkumpul dekat kelab malam Jet Set untuk mendapatkan maklumat orang tersayang.
“Saya ada ahli keluarga yang terperangkap bawah runtuhan dan kami tidak tahu apa yang berlaku kepada mereka,” kata Pedro Martinez, pemain Major League Baseball (MLB) selama 17 musim, dalam video dikongsi di Instagramnya.