GENEVA: Kebakaran maut yang memusnahkan sebuah bar di pusat peranginan pergunungan Alps, Switzerland semasa sambutan Tahun Baharu sehingga mengorbankan 40 nyawa, kemungkinan besar berpunca daripada bunga api diletakkan pada botol minuman keras dan berada terlalu dekat dengan siling, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ketua Peguam Valais, Beatrice Pilloud, berkata penyiasat membuat kesimpulan itu selepas menilai rakaman video, menemu bual saksi serta mengumpul bukti awal daripada Bar Le Constellation di pusat peranginan ski Crans-Montana. Kebakaran itu berlaku sejurus selepas tengah malam pada hari pertama Tahun Baharu.
Kenyataan saksi diperoleh daripada pengurus bar warga Perancis serta pelanggan yang terselamat.
