MatchPoint Times

Home

Bunuh 10 pesakit untuk kurang beban kerja, jururawat dipenjara seumur hidup

Cover Image for Bunuh 10 pesakit untuk kurang beban kerja, jururawat dipenjara seumur hidup

Sehingga kini, jumlah sebenar pesakit yang dibunuh oleh jururawat berusia 44 tahun itu masih belum diketahui.

AACHEN: Seorang jururawat di Jerman dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Rabu selepas didapati bersalah membunuh 10 pesakit tenat di wad paliatif bagi mengurangkan beban kerjanya semasa syif malam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mahkamah wilayah di Aachen menjatuhkan hukuman ke atas lelaki itu dan memutuskan bahawa disebabkan keseriusan jenayahnya, tertuduh tidak layak dipertimbangkan untuk parol selepas menjalani tempoh minimum 15 tahun penjara.

Sehingga kini, jumlah sebenar pesakit yang dibunuh oleh jururawat berusia 44 tahun itu masih belum diketahui.

Tags:bunuhJermanjururawatpenjagaan paliatifpesakit


Hajiji to unveil GRS candidates 3 days before nominations

GRS chairman Hajiji Noor says other parties are free to announce their candidates earlier.

🟡FMT Reporters

SLS cabar keputusan kerajaan utama teks Perlembagaan bahasa Melayu di mahkamah

Presiden SLS Nazim Maduarin saman itu bagi pertahan perlindungan untuk Sabah dan Sarawak yang dijamin bawah perlembagaan dan MA63.

🟡FMT Reporters