MatchPoint Times

Home

Cabaran besar untuk DAP rampas Kemabong daripada Rubin, kata penganalisis

Cover Image for Cabaran besar untuk DAP rampas Kemabong daripada Rubin, kata penganalisis

Walaupun DAP pernah memenangi kerusi Parlimen Tenom yang merangkumi kawasan Kemabong pada 2018, penganalisis berkata ia kini tidak lagi mempunyai sokongan sama di kawasan pedalaman.

PETALING JAYA: DAP dijangka berdepan cabaran besar jika bertanding di kerusi Kemabong pada PRN Sabah, di tengah-tengah spekulasi mengenai kerusi yang sekian lama disandang wakil GRS, Rubin Balang.

DAP dilaporkan berminat untuk bertanding di kawasan pedalaman Sabah, dengan spekulasi bahawa parti itu sedang mempertimbangkan untuk mencalonkan senator dan bekas Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual.

Oh Ei Sun
Oh Ei Sun.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura dan Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah berkata DAP secara aktif berusaha untuk keluar daripada asas sokongan tradisionalnya dalam kalangan masyarakat Cina termasuk di Sabah.

Tags:DAPKemabongNoorita SualPRN SabahRubin Balang


Tarif AS tak jejas kos input sawit Malaysia, kata Johari

Menteri perladangan dan komoditi berkata sebahagian besar input dalam aktiviti penanaman sawit diperoleh dari dalam negara.

🟡Bernama

EU targets Chinese imports, urges small parcel fee from 2026

Trade chief Maros Sefcovic has told EU finance ministers to agree on a temporary solution for next year.

🟡AFP