PUTATAN: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Petagas, Awang Husaini Sahari, akan mempunyai akses terus dengan perdana menteri sekiranya beliau menang, kata Anwar Ibrahim kepada pengundi kawasan itu hari ini.
Anwar menegaskan wakil rakyat yang sehaluan dengan kerajaan Persekutuan akan memudahkan dan mempercepatkan penyelesaian masalah di kawasan setempat.
Menurutnya, penduduk Petagas akan mendapat manfaat daripada kerjasama lebih rapat antara Putrajaya dan Sabah jika mereka memilih Awang Husaini sebagai wakil rakyat pada PRN Sabtu ini.
