PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu menegaskan calon perdana menteri Perikatan Nasional (PN) hanya akan diputuskan dalam mesyuarat tertinggi gabungan itu.
Naib Presiden Radzi Jidin berkata mana-mana cadangan yang dikemukakan daripada pemimpin PN hanya pandangan peribadi.
“Selagi mana majlis tertinggi PN belum umumkan apa-apa, tidak ada dari sudut perdana menteri. Itu pandangan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas dialog ‘Anda Tanya, Kami Jawab’ anjuran Pemuda Bersatu.