PETALING JAYA: Sekumpulan penculik dipercayai panik lalu melepaskan pemilik kedai emas sebelum menerima sejumlah wang tebusan dalam kejadian di Palekbang, Tumpat, Selasa lalu, kata Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat.
Katanya, mangsa berusia 44 tahun itu diculik selepas berkeras enggan menyerahkan 30kg emas.
“Wang itu tidak sempat diserahkan kerana mangsa dibebaskan pada hari sama susulan tindakan pantas polis melancarkan operasi besar-besaran termasuk sekatan jalan raya di seluruh negeri dan kawasan sempadan.