PETALING JAYA: Campur tangan politik dikatakan masih berleluasa di kampus universiti di Malaysia sehingga mengekang kebebasan dan autonomi akademik, menurut sarjana bebas Sharifah Munirah Alatas.
Beliau mendakwa wujud rasa takut dan keengganan dalam kalangan pelajar untuk menyertai dialog berkaitan isu negara dan masyarakat akibat tekanan politik.
“Politik sepatutnya tidak ada tempat dalam pendidikan universiti kerana ia membantutkan pemikiran kreatif dan kritis.
