PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memuji peranan China di pentas global, menyifatkan Beijing sebagai sumber ‘pembaharuan’ pada era tribalisme ekonomi yang semakin meningkat dan kerjasama pelbagai hala terancam.
Dalam satu majlis makan malam rasmi bagi menyambut Presiden Xi Jinping, Anwar berkata inisiatif yang digerakkan China membawa ‘harapan baharu’ pada saat ketidaktentuan dalam sistem antarabangsa.
“Mereka berpandangan ke luar, bukan ke dalam. Mereka berbicara bukan tentang persaingan, tetapi tentang pembaharuan,” katanya.