PETALING JAYA: 18 pegawai agensi penguat kuasa antara 27 individu dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan untuk memudahkan kemasukan warga asing tanpa melalui prosedur.
Menurut sumber, penahanan suspek dalam sindiket ‘counter setting’ itu terdiri 19 lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an, yang ditahan dalam operasi di Selangor, Melaka, Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan, semalam.
“Suspek disyaki terlibat sindiket ‘counter setting’, yang mereka dipercayai memberi dan menerima wang rasuah sebagai balasan memudahkan urusan kemasukan warganegara asing ke negara ini tanpa menerusi prosedur ditetapkan.