PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mencari jalan mengurangkan kos percutian di Langkawi.
Katanya, pengerusi bersama LADA, Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan dan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor diminta membincangkan cara menjadikan kos percutian di Langkawi lebih berpatutan.
Anwar berkata walaupun Langkawi menawarkan pantai lebih bersih dan tarikan semula jadi lebih cantik berbanding destinasi tumpuan pelancong berdekatan seperti Phuket, harga tinggi tidak menggalakkan rakyat tempatan bercuti di pulau itu.