PETALING JAYA: Polis merakam keterangan tujuh individu bagi membantu siasatan kes buli murid Tahun 4 sehingga mengalami gegaran otak dalam dua insiden berasingan.
Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad, berkata keterangan percakapan itu membabitkan pegawai perubatan merawat mangsa, murid sekolah yang menjadi saksi kejadian serta ahli keluarga kanak-kanak berkenaan.
Katanya, setakat ini tujuh saksi diambil keterangan, tetapi jika ada keperluan pihaknya akan memanggil beberapa saksi lain bagi melengkapkan siasatan bergantung kepada keputusan laporan perubatan.