PETALING JAYA: Bekas pembantu Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan mantan menteri kesihatan itu pernah ditawarkan sogokan RM50 juta supaya menarik balik dasar generasi penamat (GEG) tembakau.
G Sivamalar menerusi hantaran di Facebook minggu lalu mendakwa Zaliha pernah ditawarkan wang itu, namun menolaknya tanpa sebarang keraguan.
Ketika dihubungi hari ini, Sivamalar berkata beliau membuat laporan kepada SPRM bagi menjelaskan maksud sebenar kenyataannya.
