SHAH ALAM: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih belum memohon maaf berhubung dakwaan beliau mempertahankan pemberian subsidi RON95 kepada warga asing.
Muhyiddin berkata, sehingga kini beliau juga masih belum menerima sebarang laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung sama ada sumber maklumat dirujuk itu palsu atau sebaliknya.
“SKMM panggil untuk siasat, kenapa saya (pula) disiasat? Sampai sekarang tak dapat laporan, (Anwar) tak minta maaf sampai hari ini,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-8 di Ideal Convention Centre (IDCC).