PETALING JAYA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penyebaran dakwah Islam dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui kerjasama global.
Baginda bertitah, justeru dalam merealisasikan hasrat murni itu umat Islam perlu bersatu hati dan berganding bahu tanpa mengira bangsa mahupun sempadan negara.
Titahnya, segala gerakan dakwah Islam berkongsi satu matlamat sejagat iaitu menegakkan kesucian tauhid, menyebarkan ilmu serta akhlak mulia, dan menyatukan umat di bawah panji keadilan serta rahmat Islam.
