PETALING JAYA: Empat pekerja warga asing cedera selepas dandang stim (boiler) meletup dalam kejadian di sebuah kilang sawit di Kuala Selangor pagi tadi.
Mangsa melibatkan dua lelaki warga Nepal dan masing-masing seorang lelaki warga India dan Bangladesh berusia lingkungan 20 hingga 30-an.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.55 pagi.