PETALING JAYA: Ketua DAP Sabah Phoong Jin Zhe menafikan dakwaan beliau ada menghantar surat mencadangkan pelantikan pemimpin parti itu dalam kerajaan negeri kepada Ketua Menteri Hajiji Noor, seperti tular di media sosial.
Phoong turut menyifatkan surat itu sebagai tidak sah memandangkan beliau tidak pernah menghantar surat kepada Hajiji sejak selepas PRN Sabah, 29 Nov lalu.
“Draf surat bertarikh 5 Dis yang kelihatan seperti dirakam daripada skrin komputer itu tidak mengandungi tandatangani mahupun cop rasmi saya,” katanya dalam kenyataan.
