PETALING JAYA: DAP Sabah akan bertanding PRN Sabah dengan lambang Pakatan Harapan (PH), kata pemimpin tertinggi parti itu.
DAP Sabah yang diberi pengecualian dalam hal ini merasakan strategi terbaik kali ini adalah menggunakan lambang PH, bagi “mencerminkan semangat kerjasama dan kewibawaan sebagai sebahagian daripada kerajaan persekutuan,” kata Setiausaha Agung Loke Siew Fook ketika mengumumkan perkembangan tersebut, pada sidang media hari ini.
“DAP Sabah memang pertimbang untuk guna logo sendiri. Namun selepas perbincangan secara cermat, mereka memutuskan untuk berada di bawah panji PH,” katanya, lapor Malaysiakini.
