PETALING JAYA: Polis digesa menjalankan siasatan menyeluruh serta mendedahkan identiti individu terlibat di sebalik dakwaan konspirasi individu berpengaruh serta agensi media antarabangsa untuk mensabotaj kestabilan negara dan menjatuhkan kerajaan.
Setiausaha politik menteri kewangan, Kamil Munim, berkata ancaman tersebut tidak boleh dipandang ringan sekiranya benar terdapat ‘watak pengkhianat’ dari dalam yang sanggup menjadi ejen kepentingan asing demi keuntungan peribadi.
“Perkara ini menyentuh secara langsung soal kedaulatan dan maruah negara, dan tidak sekadar polemik atau rengekan biasa.
