PETALING JAYA: Malaysia bersedia mempertimbangkan langkah diplomatik termasuk melibatkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sekiranya ia dapat membantu meredakan konflik di Gaza.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan Malaysia ialah mencapai keamanan di Gaza dan ia memerlukan pendekatan berani, termasuk berunding dengan pihak yang sebelum ini dilihat tidak sehaluan.
“Apa yang saya dan rakan-rakan mahu adalah damai. Damai di Gaza, merdekakan mereka. Saya bukan nak menyerah, saya nak runding,” katanya pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini.