PETALING JAYA: PAS mempersoalkan tindakan Bersih yang didakwa cuba mencipta persepsi negatif apabila mendedahkan Ahli Parlimen pembangkang gagal mengisytiharkan harta.
Membidas tindakan Bersih yang membangkitkan perkara itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man turut mendakwa, integriti badan pemantau pilihan raya itu kini diragui kerana dilihat tidak bebas dan cenderung kepada kerajaan.
“Integriti Bersih kini diragui banyak pihak kerana dilihat lebih cenderung kepada kerajaan berbanding mempertahankan pilihan raya yang bersih dan adil,” katanya kepada FMT.