KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat sedikit kecoh apabila Awang Hashim (PN-Pendang) tidak berpuas hati selepas digelar sebagai ‘kurang ajar’ oleh Syahredzan Johan (PH-Bangi) ketika membangkitkan larangan penjawat awam menyertai perhimpunan aman.
Kekecohan bermula apabila Awang mendakwa larangan dikeluarkan Jabatan Peguam Negara itu seolah-olah mengkritik keputusan ketua hakim negara.
Bagaimanapun, Syahredzan bangun dan berkata kenyataan Awang mengelirukan Dewan Rakyat dan meminta beliau membetulkannya.