MatchPoint Times

Home

Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2026

Cover Image for Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2026

Belanjawan ini adalah yang keempat di bawah kerajaan Madani.

PETALING JAYA: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026, selepas dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 10 Okt lepas.

Speaker Johari Abdul mengumumkan kelulusan itu selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan, dan RUU tersebut mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara, lapor Bernama.

Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah kerajaan Madani dan yang pertama dilaksanakan di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Tags:amir hamzah azizanAnwar Ibrahimbelanjawan 2026Belanjawan RakyatDewan RakyatJohari AbdulKerajaan Madanilulus RUURMK13


Ban on single-use plastic bags at all permanent business premises from Jan 1

This will improve on the 20 sen pollution charge, says acting natural resources and environmental sustainability minister Johari Ghani.

🟡FMT Reporters

Sanusi not ruling out PN assemblyman’s support for Hajiji

PN election director Sanusi Nor points out that Aliakbar Gulasan was previously an appointed assemblyman under the GRS government.

🟡FMT Reporters